Senin, 09 Maret 2015

Cinta,rindu dan rasa takut ku

Tahukah engkau wahai ikhwan calon pemimpin hawa ,Hati ini begitu mengagumi mu .jiwa ini meleleh oleh hembusan kata yang terucap ..
Kau datang mengisi kekosongan dan keheningan qolbu yang sepi 
Ketaatanmu yang mempesonaku ,
Aku rindu
Aku cintaa
tapi Aku sangat takut ..
Aku takut mencintaimu melebihi porsi yang ada
Aku takut merindukanmu ,sungguh aku takut bila rasa yg hadir dihatiku sudah tidak suci lagi .

ketika ku membaca sebuah puisi yg begitu mengundang isak air mata ,ku hayati kata demi katanya subhaanallah ini sama dengan keadaan hati yg telah sakit ini ..
Cinta hadir menguntum rindu
Mekar mewangi di taman kalbu Tulus kasihku tak siapa yang tahu Melainkan Dia tuhanku yang Satu.
Huluran kasihmu kusambut pasrah Walau tak pernah bertentang mata Apatah lagi bersua muka Hanya bait kata di alam siber Di hujung talian kudengar suara Melalui dua penghubung itu lahir sebuah rasa Dimana… Suara hati penuh keihklasan sahaja mampu berbicara.
Akhirnya, Aku resah…terlalu gelisah Ketahuilah kasih Aku sering bertanya di dalam diri Untuk apa cinta itu hadir pada diri Dua insan ajnabi?! Kerana… ku bimbang cinta ini mengundang dosa Ku khuatir kasih ini melalaikan kita Lalu kita hanyut dari sentiasa mengingati yang Esa Lantaran rindu yang sering mendesah di dalam jiwa.
Bisikan syaitan tidak lekang menggoda Membuaikan kita di dalam asyik dunia cinta Sekilas kuteringatkan ayat di dalam surah Ali Imran ‘Wallaziina aamanuu asyaddu hubban lillahi’-‘dan orang-orang yg beriman teramat cintanya kepada Allah’ Astagfirullahhh… Aku tersedar dari buaian rasa!!!
Hampir setiap hari kita berhubung Apa salahnya kita sendiri yang meletakkan batasan Agar cinta dan rindu kita lebih terserlah keindahan dan keihklasan Kerana terdapat ‘MUJAHADAH’ sebagai hiasan dan amalan Disitulah bermulanya jihad hati Menguji keimanan dan keihklasan diri kita yang saling mengasihi.
Bukan kerana tidak tahu menghargai kasih mu Percayalah, pada bicara kasihku ini Ini bukti penghargaan!!!. Apa gunanya kita saling menyayangi Tapi,hanyut di launtan cinta yang tidak diredhai Diri ini ingin menjadi penawar hati Justeru itu, diri ini bimbang menjadi punca kelalaian hatimu dari mengingati Ilahi. Jangan biarkan semua itu berlaku,kasih Rindu dan kasih adalah sebuah ‘rasa’ yang terletak di dalam ‘hati’ Maka usah diikutkan rasa - kelak kita akan binasa!. Usah diturutkan kehendak hati – kelak kita akan mati!!.
‘Nur Kasih’mu…sungguh istimewa semaikan ia dengan IMAN, ILMU, AMAL, DAN TAQWA agar ikatan kasih kita bukan sahaja berasaskan CINTA semata, tapi disertai MAWADDAH,RAHMAH dan AMANAH.
Ketahuilah, kasihku padamu..hanya kerana-Nya jua.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar